Pages

Sunday, July 24, 2011

Badan Pentadbiran ( Executive) , Badan Perundangan ( Legislature) dan Badan Kehakiman (Judiciary)

Assalamualaikum wbt..  Entri kali ni sebenarnya aku buat khas untuk Bella, sahabatku nun di KL.. ha9 Beliau telah meminta aku menerangkan serba sedikit tentang Branches / Organs of Governments in Malaysia.. Sebenarnya aku ni x la ingat sgt pasal ni sbb subjek Governments and Politics ni aku blaja masa 1st sem  tahun lepas.. kira dah agak lama la, so aku buat sikit review sebelum buat entri ni.. pada mulanya, aku nk balas melalui mesej je, tp fikir2 balik agak susah sbnrnya nk menaip msj menerangkan benda yg agak complicated ni.. So sorry ye Bella, aku cuba tolong mu sekadar yang termampu je.. Oleh sbb aku belajar  fully in English, so maybe term yang aku gunakan x sama dengan term melayu punya dan agak susah untuk aku translate kan ke bm..
Okey, berbalik pada topik asal.. Aku tak tahu nak mula dari mana sebenarnya tapi adalah lebih baik aku rasa kalau aku terangkan dulu serba sedikit tentang  doktrin Separation of Power atau pembahagian kuasa kot in malay.. Separation of Power ni idea Montesquieu, a French philosopher. Mengikut doktrin ni secara ringkasnya ‘ tiada seorang pun boleh terlibat dalam ketiga-tiga jenis kuasa kerajaan ( Badan Pentadbiran / Executive, Badan Perundangan / Legislature dan Badan Kehakiman / Judiciary ) sekali gus dalam satu2 masa. Ini bermaksud, setiap orang hanya boleh terlibat dalam satu jenis kuasa sahaja, sebagai contoh ; Perdana Menteri hanya boleh terlibat dalam Badan  Pentadbiran / Executive sahaja dan x boleh menyertai Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.. Jika seseorang tu dibenarkan terlibat dalam ketiga-tiga jenis kuasa ni, dibimbangi akan berlakunya penyalahgunaan kuasa kerana ada andaian yang mengatakan ‘ absolute power corrupts absolutely’ means that persons in whom power is vested are prone to abuse it.. Separation of Power ni sebenarnya bertujuan mengelakkan penyalahgunaan kuasa, prejudice dan yang paling penting untuk memastikan keadilan for all in the society..
 Realitinya, di Malaysia doktrin ni ( Separation of Power)  tidak dipraktis sepenuhnya kerana telah di modified untuk disesuaikan dengan sistem demokrasi berparlimen yang kita gunapakai pada hari ini untuk menjamin kelancarannya. Secara amnya, di Malaysia, tiada perbezaan antara Badan Pentadbiran dan Badan Perundangan.. Mereka boleh terdiri daripada orang yang sama, sebagai contoh, Perdana Menteri yang terlibat dengan Badan Pentadbiran, maka dia boleh juga terlibat dalam Badan Perundangan. Inilah yang agak menyimpang daripada doktrin yang telah aku terangkan tadi tentang pembahagian kuasa-kuasa ini.. Tetapi, kedua-dua badan tersebut ( Pentadbiran dan Perundangan) tidak boleh terlibat dengan Badan Kehakiman..
Mari aku ceritakan sedikit tentang ketiga-tiga badan ni dan aku rasa, gambarajah adalah cara yang paling mudah dan senang faham bagi menerangkannya..



Antara ketiga-tiga badan ni, Badan Pentadbiran / Executive sepatutnya adalah yang paling berkuasa tetapi dengan pengaplikasian teori ‘check and balance’ of Separation of Power menjadikan badan ini tidak boleh melebihi had kuasa kerana badan lain ( Perundangan dan Kehakiman)  juga mengawasinya.

Penutupnya, ketiga-tiga badan mempunyai fungsi dan kelebihan serta kekurangan masing2.. Ketiga-tiganya juga sama penting kerana merupakan organ asas sistem demokrasi berparlimen kita di Malaysia ini.. Aku harap penerangan ringkas dan serba kurang ni sikit sebanyak dapat membantu Bella  menyiapkan assignment dia tu.. hi9 Akhir kata, maaf andai silap bicara, terkasar bahasa atau tersilap fakta.. harap diperbetulkan yang mana salah..