Pages

Thursday, February 24, 2011

broken-hearted

real

realiti even pahit untuk ditelan, itulah yang kita kena hadapi.. Langit juga xselalunya cerah.. menghargai apa yang kita ada sekarang adalah jalan terbaik melupakan kesedihan..

Wednesday, February 23, 2011

Lirik Lagu Republik Hanya Ingin Kau Tahu

Ku telah miliki

Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

Friday, February 4, 2011

Cuti raya cina~

hmm.. cuti 4 hari ni aku stay kt hostel.. letrik plak xde kol10pg smpai 7mlm.. koop xbukak, dining tutop, foodcourt cuti.. ape nk buat? rasa cam duk pnjara je.. hu88 makanan susah nak cari, bilik panas membahang.. agaknya, mcm ni la org2 kt mesir tu rasa kan.. cuma aku beruntung skit, xhidup dlm ketakutan mcm dorg tu.. tu je la.. laen nya, aku rasa tuhan nak uji kami2 di sini supaya menghayati kehidupan dan kesusahan org2 di mesir tu.. apa nak di kato.. sudah nasib badan.. kami2 di sini juga terpaksa menempuh hidup ini dgn sabar.. tadi pun kami2 ni keluar bandar jap, membeli barang keperluan untuk 2 3 hari ni.. cm biasa la, meggi tu da mcm makanan ruji je time2 terdesak cmni.. ye la, sng n save bajet.. duit biasiswa pom da xbrapa nk ada.. lgpun tinggal lg 2 bulan kt sini.. ok la tu kot, paling x pom, akhir bulan nanti terpaksa la memohon elaun pama plak.. hu9 duit2,dimana kau duit..

Wednesday, February 2, 2011

Perjalanan seterusnya..

Salam sejahtera semua, hmm.. tengahari ni x bnyak benda yg aku nk kongsi sebenarnya. berita terbaru yg aku terima, sorang kwn aku yg amek medic kt mesir call umi dia, ckp dia slmt n akan dipindahkan ke jeddah. Maklumla, keadaan sekarang kan makin meruncing, aku runsing jugak.. dlm berita harian online yg aku baca, 11ribu rakyat malaysia kt sana dan 7ribu daripadanya adalah pelajar. diorang semua akan di bawa balik ke malaysia melalui jalan laut dan udara, 3 pesawat tldm dh berangkat ke sana kol12 tghr td.. harap2 xde kejadian yg xdiingini berlaku, aku doakan semuanya selamat dan berjalan lancar.

Esok da stat cuti raya cina, so hari ni da ramai student da blah awal. tinggal la aku dan beberapa kerat je lg makhluk yg x balik cuti kali ni. hi8 . kelas lecture law td pun xde wat pape just remark paper yg first test hr tu.. lepas ni plak kelas BEL, miss da cakap awal2 nk tgok movie je sbb ramai xde.. kenapa aku x balik? hmm.. susah nk jwb soalan ni.. ramai jugak yg tanya.. 1st aku pk cuti ni just 4 hari je, xbest sgt la, lagi pun sebulan lg da cuti sem kan..2nd, aku ingat nk study la.. kalau dok rumah, aku konfem 300% aku xkan study punya.. lgpun aku ni bukan jenis study bergroup.. suka menyendiri time study.. hi99..

okeylah, aku nk zohor dulu, then bersiap gi kelas seterusnya.. selamat maju jaya semua, doa kan aku.. pen off~

Second trip..



Alhamdulillah, sudah hampir sebulan aku genap berumur 19 tahun. Tapi aku masih tertanya-tanya hala tuju hidup ni. Adakah semua orang sebayaku juga memikirkan hal yang sama? Kadang kala aku juga terfikir, aku masih belum matang lagi walaupun sudah 'tua' berbanding rakan-rakan yang lain. Walaupun begitu [ cewah! ] aku perlu gagah meneruskan perjalanan yang sedang dan akan aku tempuhi nanti. Tiba-tiba terfikir tentang cita-cita. Dari kecik hingga kini, cita-cita aku x tetap, sering berubah seiring waktu. Aku x tahu la ni normal ke x. Kecik-kecik dulu, semua org nk jd doktor.. bila kt high school, aku pun xtaw apa cita-cita aku sbnarnya, jadi aku salahkan 'itu' kerana menjadikan aku xtahu hala tuju masa depan aku. Habis SPM dgn keputusan yang cukup2 makan, alhamdulillah aku berjaya masuk Asasi Undang-undang. Bak kata abah ku, second chance la ni.
Dari kecik jugak aku rasa aku ni jenis berdikari, mungkin sebab aku anak sulung jadi sifat tu memang semula jadi sebati dgn diri aku. Aku suka mencuba mcm2 yang aku rasa menarik minat aku. Aku pernah addicted CC, gila msj, gila fB,myspace,friendster.. tapi lama-lama aku sedar sendiri benda tu x memberi faedah pada aku.. tapi tu la, sekarang ni aku dh agk 'stop' berFB even perasaan nk study tu rasanya belum smpai tahap maksimum la. Runsing jugak CGPA aku nanti. Yelah, aku pun mcm org lain kt sini jugk, bercita-cita nk proceed degree in law even xsure dpt @ x.. Harap2 dpt la, even muet aku band3 je n kena repeat lg untuk dptkan at least band 4.. GPA sem lepas pun cukup2 mkn je, so nampaknye aku kena struggle la sem ni.. hadoooiii.. lemah betol la bab2 study ni..
Introduction to Social Psychology? ingat senang ke? bnyak gila term plek2 yg aku xberapa nk fhm.. Aku lebih rela study Law2 daripada psycho.. Subjek library n information processing skill lagi la hampeh.. kejap2 ada amendment drpada madam terchenta aku tu.. ada 1 hari tu, kelas library la kan, aku ni punya la bangga sbb dah print madam tu punya latest note sbb org lain msh terkial2 lg, skali dia tgok aku punye new printed note tu, boleh pulak dia snyum smbil angkat kertas aku tu.. ayat dia aku ingat lg "you jgn print lg yang ni,ya? i ada buat amendment lg sikit, nanti i bg yg latest punya" hadddoooii la, aku rasa masa tu mcm nk guling-guling kat lantai je.. kwn2 aku apa lg, bantai gelak kat aku la.. bukan aku sorang yg bengang sal madam tu,ramai lagi tapi sabar je la.. nama pun lecturer kita kan.. aku bukan benci dia, just bengang je asyik2 ada je amendment dia.. hmm.. tapi apa pun okey la blaja ngan dia [ dari sudut lain ]

Hidup aku kt sini pun mcm ulang benda yg sama je setiap hari.. pg bgun, pergi kelas, makan, balik bilik, study [ insyaallah], homework, tido.. then, esok lusa tulat tubing tungik, ulang lg benda yg sama.. xpe.. bulan 3 nanti da cuti sem, then ada lg 1 sem je lg untuk hbs kan program ni before proceed degree.. insyaallah..
Ada pulak tengah2 kalut dkt2 nk final ni citer classmate aku nk kawen.. eh, bukan rumors la, mmg berita dr tuan punya badan sndiri, dah tunang cuti sem lepas lg.. hadoyai, tu la aku pk2, org lain da bley kawen, aku je xmatang2 lg.. tapi xmo le kawen awal2 sgt, aku nk hidup single mingle dulu. Bukan apa, bila da kawen, bnyak tggungjawabnye.. lgpun, kejap sangat rasanya hidup membujang ni. imagine la kan, aku rasa usia remaja aku bermula umo 17taon.. baru lagi, so aku nk cari pgalaman hidup bnyak2 dulu then maybe baru pk pasal tu.. aku pernah trfikir la, kalau aku ni kawen awal, aku xtaw sgt pgalaman usia remaja ni mcm mana.. anak2 kita nanti plak lebih advance drpd kita,, apa nk jadi la nanti kalau kita asyik diperbodohkan anak2 je..hmm..
aku nk jd seorg yg up-to-date, even da jd nenek pun, aku still nk ikut prkmbangn semasa. tapi bukan la maksud aku da tua pon nk g jamming gk ha99 mksud aku, aku nk taw prkembangan semasa@ trend anak2 muda la..
1 lagi, aku cukup xsuka parents yg xpukul anak ni.. bukan la pukul dgn maksud mendera, tapi dgn maksud mengajar. aku pernah tgok dalam tv, interview rosyam nor masa father's day.. "setiap tahun sy akan pastikan setiap seorg anak saya akan dapat sekurang2 nya sekali penampar" ganas x ayat dia? aku dgr pun trkejut tapi aku tahu dia bermaksud nk ajar anak2 dia. mungkin tu cara dia. bukan apa, budak2 ni kalau x ajar dari kecik, da besar nanti naik kepala la jwb nya.. biar dia sakit sekarang supaya dia faham, apa yg boleh dan apa yg xboleh. memang diorang akan menangis, memang diorang akan merajuk @ apa2 saja tapi lama2 diorg akan sedar sndiri semua tu untuk kebaikan diorang jugak.. aku ingat lg kecik2 dulu, abah aku akan kunci pintu rumah lepas kol7 malam. aku meraung pun, dia buat 'dek' je.. lepas sejam dua dia bukak la.. aku jadi perit dan ingat benda tu.. umi aku plak selalu cubit aku kalau org2 tua tgh brckap aku ada jugak dgr.. hi99 lama2 dh xcubit dah, pakai isyarat mata plak.. dia jeling je, aku da faham mksud dia.. sng kan? even aku mengaku la, kecik2 dulu memang rasa nk marah sgt, nk lari dari rumah pun ada tapi bila dah besar ni, aku fikir sendiri.. diorang buat untuk kebaikan aku jugak.. so, thanks la umi abah sbb buat cm tu kt sy ni ye.. hi8
eh, da lewat la.. aku pun x isyak lagi ni.. lama x menulis, tiba2 rasa bnyak plak benda nk luah.. hmm.. okey la dulu, aku doakan semua berjaya mencapai cita2 dan goal masing2, dunia dan akhirat.. lastly, maaf jika terlanjur kata terkasar bahasa.. aku xniat nk menyakiti hati sesiapa, hanya luahan ati aku je ni.. 0-0 okey? deal.. assalamuaikum..