Wednesday, February 2, 2011
Second trip..
Alhamdulillah, sudah hampir sebulan aku genap berumur 19 tahun. Tapi aku masih tertanya-tanya hala tuju hidup ni. Adakah semua orang sebayaku juga memikirkan hal yang sama? Kadang kala aku juga terfikir, aku masih belum matang lagi walaupun sudah 'tua' berbanding rakan-rakan yang lain. Walaupun begitu [ cewah! ] aku perlu gagah meneruskan perjalanan yang sedang dan akan aku tempuhi nanti. Tiba-tiba terfikir tentang cita-cita. Dari kecik hingga kini, cita-cita aku x tetap, sering berubah seiring waktu. Aku x tahu la ni normal ke x. Kecik-kecik dulu, semua org nk jd doktor.. bila kt high school, aku pun xtaw apa cita-cita aku sbnarnya, jadi aku salahkan 'itu' kerana menjadikan aku xtahu hala tuju masa depan aku. Habis SPM dgn keputusan yang cukup2 makan, alhamdulillah aku berjaya masuk Asasi Undang-undang. Bak kata abah ku, second chance la ni.
Dari kecik jugak aku rasa aku ni jenis berdikari, mungkin sebab aku anak sulung jadi sifat tu memang semula jadi sebati dgn diri aku. Aku suka mencuba mcm2 yang aku rasa menarik minat aku. Aku pernah addicted CC, gila msj, gila fB,myspace,friendster.. tapi lama-lama aku sedar sendiri benda tu x memberi faedah pada aku.. tapi tu la, sekarang ni aku dh agk 'stop' berFB even perasaan nk study tu rasanya belum smpai tahap maksimum la. Runsing jugak CGPA aku nanti. Yelah, aku pun mcm org lain kt sini jugk, bercita-cita nk proceed degree in law even xsure dpt @ x.. Harap2 dpt la, even muet aku band3 je n kena repeat lg untuk dptkan at least band 4.. GPA sem lepas pun cukup2 mkn je, so nampaknye aku kena struggle la sem ni.. hadoooiii.. lemah betol la bab2 study ni..
Introduction to Social Psychology? ingat senang ke? bnyak gila term plek2 yg aku xberapa nk fhm.. Aku lebih rela study Law2 daripada psycho.. Subjek library n information processing skill lagi la hampeh.. kejap2 ada amendment drpada madam terchenta aku tu.. ada 1 hari tu, kelas library la kan, aku ni punya la bangga sbb dah print madam tu punya latest note sbb org lain msh terkial2 lg, skali dia tgok aku punye new printed note tu, boleh pulak dia snyum smbil angkat kertas aku tu.. ayat dia aku ingat lg "you jgn print lg yang ni,ya? i ada buat amendment lg sikit, nanti i bg yg latest punya" hadddoooii la, aku rasa masa tu mcm nk guling-guling kat lantai je.. kwn2 aku apa lg, bantai gelak kat aku la.. bukan aku sorang yg bengang sal madam tu,ramai lagi tapi sabar je la.. nama pun lecturer kita kan.. aku bukan benci dia, just bengang je asyik2 ada je amendment dia.. hmm.. tapi apa pun okey la blaja ngan dia [ dari sudut lain ]
Hidup aku kt sini pun mcm ulang benda yg sama je setiap hari.. pg bgun, pergi kelas, makan, balik bilik, study [ insyaallah], homework, tido.. then, esok lusa tulat tubing tungik, ulang lg benda yg sama.. xpe.. bulan 3 nanti da cuti sem, then ada lg 1 sem je lg untuk hbs kan program ni before proceed degree.. insyaallah..
Ada pulak tengah2 kalut dkt2 nk final ni citer classmate aku nk kawen.. eh, bukan rumors la, mmg berita dr tuan punya badan sndiri, dah tunang cuti sem lepas lg.. hadoyai, tu la aku pk2, org lain da bley kawen, aku je xmatang2 lg.. tapi xmo le kawen awal2 sgt, aku nk hidup single mingle dulu. Bukan apa, bila da kawen, bnyak tggungjawabnye.. lgpun, kejap sangat rasanya hidup membujang ni. imagine la kan, aku rasa usia remaja aku bermula umo 17taon.. baru lagi, so aku nk cari pgalaman hidup bnyak2 dulu then maybe baru pk pasal tu.. aku pernah trfikir la, kalau aku ni kawen awal, aku xtaw sgt pgalaman usia remaja ni mcm mana.. anak2 kita nanti plak lebih advance drpd kita,, apa nk jadi la nanti kalau kita asyik diperbodohkan anak2 je..hmm..
aku nk jd seorg yg up-to-date, even da jd nenek pun, aku still nk ikut prkmbangn semasa. tapi bukan la maksud aku da tua pon nk g jamming gk ha99 mksud aku, aku nk taw prkembangan semasa@ trend anak2 muda la..
1 lagi, aku cukup xsuka parents yg xpukul anak ni.. bukan la pukul dgn maksud mendera, tapi dgn maksud mengajar. aku pernah tgok dalam tv, interview rosyam nor masa father's day.. "setiap tahun sy akan pastikan setiap seorg anak saya akan dapat sekurang2 nya sekali penampar" ganas x ayat dia? aku dgr pun trkejut tapi aku tahu dia bermaksud nk ajar anak2 dia. mungkin tu cara dia. bukan apa, budak2 ni kalau x ajar dari kecik, da besar nanti naik kepala la jwb nya.. biar dia sakit sekarang supaya dia faham, apa yg boleh dan apa yg xboleh. memang diorang akan menangis, memang diorang akan merajuk @ apa2 saja tapi lama2 diorg akan sedar sndiri semua tu untuk kebaikan diorang jugak.. aku ingat lg kecik2 dulu, abah aku akan kunci pintu rumah lepas kol7 malam. aku meraung pun, dia buat 'dek' je.. lepas sejam dua dia bukak la.. aku jadi perit dan ingat benda tu.. umi aku plak selalu cubit aku kalau org2 tua tgh brckap aku ada jugak dgr.. hi99 lama2 dh xcubit dah, pakai isyarat mata plak.. dia jeling je, aku da faham mksud dia.. sng kan? even aku mengaku la, kecik2 dulu memang rasa nk marah sgt, nk lari dari rumah pun ada tapi bila dah besar ni, aku fikir sendiri.. diorang buat untuk kebaikan aku jugak.. so, thanks la umi abah sbb buat cm tu kt sy ni ye.. hi8
eh, da lewat la.. aku pun x isyak lagi ni.. lama x menulis, tiba2 rasa bnyak plak benda nk luah.. hmm.. okey la dulu, aku doakan semua berjaya mencapai cita2 dan goal masing2, dunia dan akhirat.. lastly, maaf jika terlanjur kata terkasar bahasa.. aku xniat nk menyakiti hati sesiapa, hanya luahan ati aku je ni.. 0-0 okey? deal.. assalamuaikum..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment