Petang tu aku keluar g bandar ngan kwn2 dgn hajat nk beli brg2 untuk dinner malam esok tu.. kitorg sewa la keta viva auto -baru punya weh baru bukak plastik- sampai je kt SP tu, jam la plak kt cabang3 SP plaza tu.. selama ni xpernah2 aku perasan tepi tu balai polis trafik, hari tu mmg dlm sejarah laaa.. sdar2 je keta yg aku drive tu dh selamat atas petak kuning, betul2 depan pagar balai polis tu.. aku pun dengan selambanya, halamek,atas line kuning la plak, xpe ah, nasib xde polis.. lepas je aku ckp cm tu, muncul lah watak yg aku xgemar ni iaitu abang polis.. letih aku merayu bg mcm2 alasan, last2 kena bg gak lesen ngan ic.. apalg, SAMAN le tu.. hadooii..
Lepas call abah, baru hati rasa tenang sikit, ye la, mana nk cekau duit nk byr saman.. duit elaun dh lama habes.. hu9 nk xnk mau dkt 3ratus melayang duit byr saman kan, so ada kwn cite dia pun penah kena.. xpyah naik court pun, buat je surat rayuan kt mana2 balai polis trafik berdekatan, settle laa.. dalam 30 hengget je kot.. dan sebenarnya tujuan aku buat post ni nk kongsi format surat rayuan saman untuk mengurangkan kadar saman bagi pelajar je.. ha9 kn dh panjang ayt tu.. okey, thaks for reading.. tido ah..
***
Nama
Alamat Sendiri
---------------------------------------------------
Ketua Polis Daerah Bentong,
Ibu Pejabat Polis Daerah,
28700 Bentong,
Pahang Darul Makmur. 28hb Julai 2005
Tuan,
Rayuan Mengurangkan Kadar Saman, No Saman XXXXX, No Kenderaan ABC XXX.
Murujuk kepada perkara di atas saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk mengurangkan kadar saman yang dikenakan ke atas saya.
2. Saya merayu agar kadar saman yang dikenakan ke atas saya dikurangkan kerana:-
i) Masalah kewangan, kerana saya masih seorang pelajar IPTA.
ii) Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan saya di masa hadapan.
3. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa baik pihak tuan.
Sekian Terima Kasih.
Yang Benar,
______________
(Nama Penuh)
MGM Grand Casino - Mapyro
ReplyDeleteFind 당진 출장샵 MGM Grand Casino and other 구미 출장마사지 things to do in Las Vegas. 경기도 출장안마 The MGM Grand Hotel is 통영 출장샵 a 3,700-square-foot resort with 13,300 삼척 출장샵 rooms.