Pages

Tuesday, October 2, 2012

Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi, UiTM Shah Alam

Kali ni saje je nk post gambar2 sekitar fakulti.. mana taw nanti bleh wat kenangan kan.. hik9

bahagian depan
jengjengjeng.. ni la dia fakulti tercinta yang sudi menerima kami2 ex budak law ni ha9

tangga kejayaan
bagi budak2 part 1 yang baru masuk, mereka2 ni akan di tempatkan di kolej MELATI.. x jauh pun dari fac ni kan.. cuma hari2 kena bersedialah mendaki tangga kejayaan berbumbung biru ni.. ha9 nak taw tinggi ke x, cubalah rasainya sendiri..

pandangan tangga kejayaan dari bawah means sebelum mendaki laa..

memang tangga ni penuh dgn kejayaan ye, sbb first sem aku mendaki tangga ni, dalam masa beberapa bulan je dh berjaya menurunkan berat sebanyak 8kg.. tahniah kepada aku sendiri.. tq3

walaupun rupanya udah keuzuran, namun tangga ni sudah berjasa pada beribu2 student.. ha9

saja aku provide kan bnyak gambar supaya sesape yg tercari2 fakulti yang agak tersorok ni, menemui pencarian mereka hihihi.. x silap aku, bawah fakuli ni cuma ada dua course je, IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN dan IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT..



bila anda dah menamatkan pendakian dengan jayanya, maka tangga ini lah yang anda akan jumpa.. ingat lagi sem lepas, dah la kena daki tangga kejayaan tu, pastu kelas pulak lecture kt dewan serbaguna tingkat 4, kena panjat tangga ni lg... :( sungguh memilukan.. sampai2 je kelas semua mesti mcm x cukup napas.. ha9 memori2..


pandangan dari bawah
oh ye, lupa nk bgtaw.. fakulti ni berkembar dgn fakulti sains sukan dan rekriasi.. sebelah menyebelah jeee..belakang dua fakulti ni pulak terletaknya fakulti komunikasi dan pengajian media.. jadi, atas bukit ni je, dah ada 3 fakulti sebenarnya.. kalau turun bas rapid tu, mmg crowded la kt sini..

pemandangan dari bus stand
yang mula2 tu, fak. sc sukan.. lepas tu baru fsppp..



bila korang dh sampai kt atas ni, baru korang akan sedar betapa cantiknye pemandanga dari atas bukit ni.. dari sini je dh boleh nampak hampir keseluruhan kawasan seksyen 7 dan fakulti kejuruteraan sekali.. :)



see? siap bleh buat fotografi lg kt sini.. serius cantikk.. yang bawah ni pulak pemandangan dari tingkat 4 blok D fsppp..


lecturer je bleh parking atas bukit ni taw.. dh ramai silap naik, xleh nk masuk sbb xde kad staff..

belakang bangunan cat kuning tersebut adalah kolej MELATI..
okey, tu saje la.. mls nk taip panjang2.. kalau ada masa nt aku upload gmbar2 sekitar unibersiti plak.. saje la kan, aku kan suka meround.. he3

Tuesday, May 1, 2012

Hari ni 1 Mei

Hari ni 1 Mei. Hari ni Hari Buruh. Selamat Hari Buruh.Hari ni cuti.. Dalam paper semua sibuk buat promotion.. Ariani semua produk separuh harga, Giant, Tesco, Courts Mammoth, semua barang offer.. keinginan untuk bershopping itu sememangnya wujud, namun kekangan ke'pitis'an menjadi halangan nyata.. ha9 Aku ni pantang diajak berjalan dan shopping.. kalo xde barang nak beli sekalipun, dapat jalan2 pun dah cukup.. belanja aku banyak habis kat makan je.. hewhew.. tapi peliks jugak ye, makan banyak tapi berjaya turun 7kg (bangga2) hahaahhahaha.. 

Alhamdulillah,aku rasa semua ni jasa 'tangga kejayaan' fakulti yang aku daki dengan gigihnya setiap hari.. kalo kat merbok dulu, tangga tak la tinggi sgt.. pastu aktiviti luar kurang.. kat shah alam ni, setiap hari aku sibuk.. ade je program.. camping la, kesatria la, pegi sana sini, sampai xde masa rehat pun hujung minggu.. hari ni je xde keje apa2 tapi dari tengah hari layan We Got Married - Lee Teuk So Ra.. he3 padahal esok test akaun.. assignment CTU pun xsiap lagi.. kejap lagi la.. xde mood lagi nk ngadap assignment.. malam ni dah janji ngan dila and reen, blaja akaun sesama..

Hari ni xbest.. boring duk sorang2 kat bilik.. room mate pagi2 lagi dah keluar.. 25 Mei nanti cuti lagi.. and of course balik lagi.. he3 cuti midsem hari tu aku balik Kuantan dari Seksyen17..  bas TRANSNASIONAL, tiket rm27 je, 5 jam perjalanan.. xlama duk kat rumah, sebab nenek aku sakit, jadi aku balik kelate ngan abah for 3 days sambil abah urus hal tanah kat jeli.. jadi aku balik shah alam semula dari kelate la.. saja aku pilih SANI EXPRESS, dah lama teringin naik bas tu.. selama ni setia ngan SHAMISHA HOLIDAY je..so, nk promote la ni.. bas SANI sgt2 selesa, ada TV touchscreen (macam dalam flight tu) untuk setiap seat with individual headphone (seriously!) and seat dia pun besauu tauu --see? betapa 'darat'nya aku-- he3.. dari TESCO KB-SEK.17 hanya rm45.50 sahaja.. tapi malangnya perjalanan tersebut sangat meletihkan kerana memakan masa hampir 9jam.. hu9 xpe la, janji puas hati.. nanti nk try balik ngan flight la plak, tunggu air asia offer rm29 sehala.. (ambitious)

Aku ingat cuti sem nanti nk ajak dila n aie (ex rumet) balik kelate.. boleh aku bwk diorg gi Pengkalan Kubor, KB, pantai2, banyak tempat aku nk tunjuk.. hi9 excitednya.. abah dh bg green light untuk drive, lagi best.. cakap pasal lesen, 18 Mei ni aku baru nk dapat lesen besauu.. dah tak guna P dah.. he3 PTPTN pun dah lulus, tapi nak hantar borang manual tak taw bila lagi.. yang penting dekat nak final baru dapat duit kot.. he3 so, masa cuti nanti duit banyak lagi la (harapnyee..)

Okey, sekian saja diari untuk hari ni.. malas nak tulis panjang2.. aku tulis ni saje je, nanti boring boleh baca balik apa yang aku tulis.. hi9 nk ready untuk test esok plak.. baibai.. wassalam..

Friday, April 20, 2012

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT

Alhamdulillah, walaupun xdapat teruskan cita-cita nak sambung law, aku still dapat peluang masuk degree kt UiTM Shah Alam (tqvm UiTM) dengan course yang aku tak berapa nak rela pada mulanya.. hi9 sikit review pasal course ni, kitorg more on management kat private sector punya company berbanding course science admin yg focus untuk public sector.. pastu kitorang lebih menjurus kepada jadi setiausaha syarikat (sila take note yaa, bukan yang selalu dgn bos tu.. setiausaha yg dimaksudkan adalah yg incharge bahagian kontrak syarikat dan jugak management department atau advisor untuk syarikat) InsyaAllah, rezeki kan ada di mana-mana.. Kenapa nak takut? Rezeki ditangan Allah kan.. Mula2 susah jugak nak terima hakikat, tapi bila fikir mesti ada hikmah di sebalik semua ni, aku cuba terima sikit2.. hasilnya, sekarang dah yakin dah.. he3  Dengan dua tiga masalah yang menimpa diri aku ni, so aku ambik keputusan nak bersara daripada dunia fesbuk.. biarlah.. bukan penting sangat pun kan.. hidup je dengan apa yang ada, itu lebih baik daripada mengharap yang tak pasti.. we deserve better, kan..now, aku lebih fokus pada test2 sebab aku nak perform sehabis baik.. mana taw dapat ANC ke, kan? ha9 impian itu perlu.. Aku study mati-matian (ceh...) sampai 2 3 pagi kat library, study untuk test pun bajet macam nk final je.. biar la, dengan cara tu aku dapat lupakan masalah2 aku.. kadang2 kalau dah takde keje sangat, selalu je aku ngan dila naik bas kampus, round 2 3 kali, pastu turun kat tempat sama.. xde keje kan? itulah cara kitorang hilangkan stress.. lagi, aku masuk kesatria kembara (pun dengan dila), gi camping, orienteering.. semua bleh meriliskan tensen aku, Alhamdulillah.. bila dah masuk u balik ni, rasa macam tak nak fikir apa2 dah.. nk perform sehabis baik untuk akademik, pastu nk enjoy student life.. pssst.. sgt2 sedih, org lain semua dah dapat duit PT, aku je kelompok kedua, dekat nk raya kot.. ingat nk kerja part time la nak sara hidup kat sini.. ha9 macam xde duit sgt je.. kat sini godaan shopping memang kuat.. sabar je laaa..