Pages

Thursday, October 27, 2011

IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Okey, straight to the point lah ye, tajuk entri hari ni aku buat khas kepada mereka2 yang seangkatan dengan aku yang sedang tercari2 hala tuju hidup selepas ini.. hihihi.. dua tiga minggu kebelakangan ini, agak ramai kawan2 yang menelefon nk tanya macam mana nk isi borang tu, macam mana nk buat ni, macam mana itu, macam mana ini pada aku, pelik juga ye? rasa macam kerani pejabat kolej pula.. ha8 okey la, sebenarnya aku nk fokuskan kepada ijazah undang2 je.. mungkin ramai dah tahu pasal ijazah undang2 di ipta, tapi x ramai yang tahu peluang di ipts pulak.. so, ni lah yang aku nk kongsi hari ni.. bak kata omputes, sharing is caring, ye x? hi9

untuk makluman semua rakyat jelata, segala informasi yang bakal aku berikan nanti adalah berdasarkan pengetahuan aku sendiri dan juga hasil research aku selama ini.. ha9 kekoyaan ada di situ.. jadi, harap maklum lah ye, aku hanya berikan yang terbaik, segala kesilapan adalah amat dikesali dan memalukan aku sendiri hihihi...

first sekali, aku nak kongsi jugak pasal ijazah sarjana muda undang2 di ipta ni.. terdapat beberapa IPTA sahaja di Malaysia tercinta ini yang menawarkan bidang undang2 ini ye anak2 semua..

1. UNISZA ( Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu) -

ni syarat kelayakan dia - sumber yg dipercayai

2. UUM ( Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah ) -


3. UiTM Shah Alam -


4. UIA ( Universiti Islam Antarabangsa ) -


5. UKM ( Universiti Kebangsaan Malaysia ) -


6. UM ( Universiti Malaya ) -


7. USIM ( Universiti Sains Islam Malaysia ) -


***
Alhamdulillah, setakat ini, itu sahaja ipta yang menawarkan program sarjana muda undang2.. sekarang, kita tinjau2 ipts pula.. hi9 

1. Stamford College, Petaling Jaya -

  • Recognize by the Malaysian Government
  • Awarding Body : University of London, UK
  • 3years
  • Requirement dia cuma SPM dengan 3 kredit sahaja
  • Terdapat 4 pengambilan setahun, Januari, April, Julai dan September, 
  • boleh mohon scholarship, bergantung pada kelayakan

tetapi ANDA HARUS INGAT, lepasan kolej ini dan juga IPTS lain perlu menduduki peperiksaan khas CLP ( Certificate in Legal Practice ), manakala kebanyakan lepasan IPTA tidak perlu mengambilnya dan terus buat chambering.. CLP hanya dikhaskan kepada pemegang sarjana undang2 drpd daripada UK, Australia dan juga New Zealand untuk pegiktirafan sarjana mereka di Malaysia..
untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI 

2. Brickfields Asia College, 
  • diiktiraf MQA - Agensi Kelayakan Malaysia
  • entry requirements - 5 SPM credit ( including English )
  • intakes - January, April, June, September
  • untuk maklumat lanjut KLIK JE SINI
3. ATC ( Advance Tertiary College ),
  • entry requirements - 5 SPM credits
  • 3 year degree program , require students to complete 4 subject a year
  • intake - January, April, July, September
  • TEKAN SINI LA..
4. MMU ( Multimedia University )

Intake : JUNE, OCT
Official website : MULTIMEDIA UNIVERSITY

***

okey la, setakat tu sahaja yang aku mampu kongsi hari ini.. sekali lagi, sebarang kesilapan, amatlah aku kesali.. sape yang ada maklumat lebih, dipersilakan dengan segala hormatnya share di sini ye.. x baik kedekut pengetahuan.. hihihi.. aku nak gi kedai nak cari cendawan shiitake plak ni, hari ni nk masak sizzling hot plate la untuk lunch, dinner ngan breakfast esok sekali , pastu nk layan sinetron banyak2.. hua3 betapa malasnye aku.. kui3 jgn jeles,baibai..








Monday, October 3, 2011

Memories in UiTM Kedah

Sedar tak sedar setahun setengah berlalu dengan cepat, rasa macam baru semalam aku daftar masuk.. hu9 macam baru lagi kenal roomate, Dila, Aie, Asma', Kak Ain, Wan.. ha9 sorry la wan, sbb wan last, kena buat clearance bilik.. dengan roomate yang silih berganti, hanya Dila dan Aie yang setia, setahun setengah tu macam2 dh jadi.. ada suka ada duka, biasa lah tu kan.. kelas pun sama, sumpah sampai bila2 aku ingat kenangan tu..

Terima kasih lah sbb korang la hidup aku bertambah2 ceria, farah gibe, mekna, bihah, nala and semua2.. dorang semua satu kepala ngan aku, kepala gila2, bergurau yg pelik2 ha9 sabar je la, bila semua dh gelak, 1 kolej pom boleh dengar aku rasa.. walaupun masa kita bersama sekejap je, tapi aku harap korang x lupakan aku dan aku x lupakan korang.. kita kawan sampai bila2 kan???? jom kita imbas balik kenangan kat UiTM Kedah...

Perpustakaan Sultan Badlishah


Macam2 jenis gelanggang



Pusat IT Library

Library lagi.. tempat paling sejuk kt UiTM he9






Dalam kelas..

Lecture kat BK Malinja.. DS punya x sempat ambik gambar.. hi9

Dila, Mekna, Nala

Bila lapar time lecture, mekna ngan aku curi2 makan megi.. 

Tasik tepi Fudkot

Bajet candid.. ha9

Kumpulan Nasyid Al-Masria..

Nala, Mekna, Farah Gibe

Bersama abang wan, kelas rep first sem.. pastu pencen..

syahrul masa persuasive speech yang menarik.. hi9

Mira toya ngan Nadia Azreen.. ore klate sejati nih..

Koya sekali, Mr.Zarul Fared, Din ngan Abg Wan..

Classroom..

Farah Gibe ngan Affi..

Mekna ngan Kira beserta baju raya masing2.. hi9 baru lepas raya ni..

dengan heels setinggi 4inchi, mekna bajet candid gambar nk jatuh tangga.. ha9

Tangga blok C pun jadi memori gak..

Mekna, Nala and Dila.. aku asyik jd photographer je..

Taman kt blok C

keadaan bilik macam kapal pecah semasa final exam.. xnampak mcm bilik anak dara langsung.. ha9




Nik.. class rep terkini yang selalu perasan macho.. hi9 

xsemua ada time ni.. syg nye..

frust lepas paper law3..

Aker & Affi.. kelakar kalau Aker cakap Melayu.. Speaking tuuu...

Jalan2 penuh kenangan.. sape biasa kena saman ngan makgad, kt sini la.. hi9

Nampak x kabus nun di sana.. itu lah Gunung Jerai.. ha9 sebelah rumah je..

Curi2 ambik gambar kolej Malinja..


Sesungguhnya, di sini lah kita belajar mengenal segala nya.. di sini lah ilmu, di sini lah kawan, di sini lah lawan, di sini lah pengalaman.. semoga semua yang kita hadapi dan lalui selama bersama di sini akan jadi kenangan terindah dalam hidup kita.. walaupun lepas ni semua membawa haluan masing2 (sebak) semoga kita berkesempatan berjumpa lagi.. sapa yang nak kawin, sila jemput.. hadiah jangan risau, aku bagi set kerusi roda 3 +2+1.. boleh guna sampai tua.. hu9

lastly, aku sayang korang semua!!!

Sunday, September 18, 2011

SAMAN oh SAMAN

    Ni bukan cite pasal mat saman okeh ha9 baru-baru ni, aku kena saman.. sedih jugak la sbb aku rasa aku dh cukup berhemah bwk kete.. hi9 -kete manual,sorry- meh kita bukak hikayat sikit camne aku bleh kena saman ni..

     Petang tu aku keluar g bandar ngan kwn2 dgn hajat nk beli brg2 untuk dinner malam esok tu.. kitorg sewa la keta viva auto -baru punya weh baru bukak plastik- sampai je kt SP tu, jam la plak kt cabang3 SP plaza tu.. selama ni xpernah2 aku perasan tepi tu balai polis trafik, hari tu mmg dlm sejarah laaa.. sdar2 je keta yg aku drive tu dh selamat atas petak kuning, betul2 depan pagar balai polis tu.. aku pun dengan selambanya, halamek,atas line kuning la plak, xpe ah, nasib xde polis.. lepas je aku ckp cm tu, muncul lah watak yg aku xgemar ni iaitu abang polis.. letih aku merayu bg mcm2 alasan, last2 kena bg gak lesen ngan ic.. apalg, SAMAN le tu.. hadooii..

      Lepas call abah, baru hati rasa tenang sikit, ye la, mana nk cekau duit nk byr saman.. duit elaun dh lama habes.. hu9 nk xnk mau dkt 3ratus melayang duit byr saman kan, so ada kwn cite dia pun penah kena.. xpyah naik court pun, buat je surat rayuan kt mana2 balai polis trafik berdekatan, settle laa.. dalam 30 hengget je kot.. dan sebenarnya tujuan aku buat post ni nk kongsi format surat rayuan saman untuk mengurangkan kadar saman bagi pelajar je.. ha9 kn dh panjang ayt tu.. okey, thaks for reading.. tido ah..

***


Nama
Alamat Sendiri
---------------------------------------------------

Ketua Polis Daerah Bentong,
Ibu Pejabat Polis Daerah,
28700 Bentong,
Pahang Darul Makmur.                   28hb Julai 2005

Tuan,
Rayuan Mengurangkan Kadar Saman, No Saman XXXXX, No Kenderaan ABC XXX.

Murujuk kepada perkara di atas saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk mengurangkan kadar saman yang dikenakan ke atas saya.

2. Saya merayu agar kadar saman yang dikenakan ke atas saya dikurangkan kerana:-
i) Masalah kewangan, kerana saya masih seorang pelajar IPTA.
ii) Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan saya di masa hadapan.

3. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa baik pihak tuan.


Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

______________
(Nama Penuh)

Sunday, July 24, 2011

Badan Pentadbiran ( Executive) , Badan Perundangan ( Legislature) dan Badan Kehakiman (Judiciary)

Assalamualaikum wbt..  Entri kali ni sebenarnya aku buat khas untuk Bella, sahabatku nun di KL.. ha9 Beliau telah meminta aku menerangkan serba sedikit tentang Branches / Organs of Governments in Malaysia.. Sebenarnya aku ni x la ingat sgt pasal ni sbb subjek Governments and Politics ni aku blaja masa 1st sem  tahun lepas.. kira dah agak lama la, so aku buat sikit review sebelum buat entri ni.. pada mulanya, aku nk balas melalui mesej je, tp fikir2 balik agak susah sbnrnya nk menaip msj menerangkan benda yg agak complicated ni.. So sorry ye Bella, aku cuba tolong mu sekadar yang termampu je.. Oleh sbb aku belajar  fully in English, so maybe term yang aku gunakan x sama dengan term melayu punya dan agak susah untuk aku translate kan ke bm..
Okey, berbalik pada topik asal.. Aku tak tahu nak mula dari mana sebenarnya tapi adalah lebih baik aku rasa kalau aku terangkan dulu serba sedikit tentang  doktrin Separation of Power atau pembahagian kuasa kot in malay.. Separation of Power ni idea Montesquieu, a French philosopher. Mengikut doktrin ni secara ringkasnya ‘ tiada seorang pun boleh terlibat dalam ketiga-tiga jenis kuasa kerajaan ( Badan Pentadbiran / Executive, Badan Perundangan / Legislature dan Badan Kehakiman / Judiciary ) sekali gus dalam satu2 masa. Ini bermaksud, setiap orang hanya boleh terlibat dalam satu jenis kuasa sahaja, sebagai contoh ; Perdana Menteri hanya boleh terlibat dalam Badan  Pentadbiran / Executive sahaja dan x boleh menyertai Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.. Jika seseorang tu dibenarkan terlibat dalam ketiga-tiga jenis kuasa ni, dibimbangi akan berlakunya penyalahgunaan kuasa kerana ada andaian yang mengatakan ‘ absolute power corrupts absolutely’ means that persons in whom power is vested are prone to abuse it.. Separation of Power ni sebenarnya bertujuan mengelakkan penyalahgunaan kuasa, prejudice dan yang paling penting untuk memastikan keadilan for all in the society..
 Realitinya, di Malaysia doktrin ni ( Separation of Power)  tidak dipraktis sepenuhnya kerana telah di modified untuk disesuaikan dengan sistem demokrasi berparlimen yang kita gunapakai pada hari ini untuk menjamin kelancarannya. Secara amnya, di Malaysia, tiada perbezaan antara Badan Pentadbiran dan Badan Perundangan.. Mereka boleh terdiri daripada orang yang sama, sebagai contoh, Perdana Menteri yang terlibat dengan Badan Pentadbiran, maka dia boleh juga terlibat dalam Badan Perundangan. Inilah yang agak menyimpang daripada doktrin yang telah aku terangkan tadi tentang pembahagian kuasa-kuasa ini.. Tetapi, kedua-dua badan tersebut ( Pentadbiran dan Perundangan) tidak boleh terlibat dengan Badan Kehakiman..
Mari aku ceritakan sedikit tentang ketiga-tiga badan ni dan aku rasa, gambarajah adalah cara yang paling mudah dan senang faham bagi menerangkannya..



Antara ketiga-tiga badan ni, Badan Pentadbiran / Executive sepatutnya adalah yang paling berkuasa tetapi dengan pengaplikasian teori ‘check and balance’ of Separation of Power menjadikan badan ini tidak boleh melebihi had kuasa kerana badan lain ( Perundangan dan Kehakiman)  juga mengawasinya.

Penutupnya, ketiga-tiga badan mempunyai fungsi dan kelebihan serta kekurangan masing2.. Ketiga-tiganya juga sama penting kerana merupakan organ asas sistem demokrasi berparlimen kita di Malaysia ini.. Aku harap penerangan ringkas dan serba kurang ni sikit sebanyak dapat membantu Bella  menyiapkan assignment dia tu.. hi9 Akhir kata, maaf andai silap bicara, terkasar bahasa atau tersilap fakta.. harap diperbetulkan yang mana salah..