Pages

Friday, May 27, 2011

Jodohku dengan dia..


Sape tanak iPhone4 kan.. white colour plak tu.. hi9 bg orang kaya, mesti pandang sebelah mata je benda alah ni.. Cuba tnya aku, ape perasaan kalau aku bangun pagi, tiba2 iPhone dh ada kt meja tepi katil.. Tentunya aku menjerit terguling-guling sambil pegang nset tu..

Hahahaha.. tapi tu hanya angan-angan je.. Xtaw la bila nk jadi miracle cam tu.. Okey, sebenarnya dalam entri kali ni aku nk cerita pasal JODOH aku ni.. Aku describe kan sikit la pasal dia ni.. first of all, dia ni setakat sedap mata memandang la.. Setakat ni xde lg aku jumpa orang lain yang tergila-gilakan dia, so aku x takut la kalau ada orang nk rampas dia pada aku.. ha9 

Aku mengaku la memang selalu aku bawak dia keluar.. Tiap kali aku bersama dia, banyak mata yang memandang.. kawan- kawan aku pun ramai tanya.. "ko x nak tukar lain ke?" - "boleh ko hidup dengan dia ni?" - "apasal la taste ko ni rendah sgt" n macam2 lg la.. xnak taw perasaan aku ke? aku senyum je orang cakap ape pun.. 

Aku x kisah, janji aku bahagia bersama dia.. kalau dah memang dia jodoh aku, aku terima je.. Mungkin ya, aku pun ada perasaan jeles bila orang lain dapat yang lebih berkarisma, lebih hebat dan lebih segala galanya daripada dia.. Tapi apakan dayaku, aku tetap bersyukur..



Ni la dia buah hati pengarang jantung aku.. ha9 nama dia cikjod pasal dia ni memang berjodoh sangat ngan aku.. nk tahu cerita dia? baca lagi..................

Seingat aku, aku beli dia kat kedai FirstTouch depan PT belakang Maahad.. ha9 masa tu aku form5, nset lama aku menghilangkan diri secara tiba-tiba entah di mana.. so, aku cari la pengganti kan? buat apa menanti pada yang x sudi.. he3 harga dia pulak seingat aku rm115 je masa tu tapi sekarang aku kompem harga dh bwh seratus.. ye x? ha9 ye la, bagus jugak, dia x macam yg lain,jual mahal.. jual murah2 baru aku beli.. nk taw ciri2 dia? xde ape yg istimewa pun.. camera 14juta megapixel takde, mp3 mp4 xde, galeri gambar pun xde.. bleh msj ngan call je.. jangan mimpi la nk hantar gmbar kt kawan2, bluetooth lg la xde.. ha9 sedih kan?

yang peliknya, sepanjang aku seludup dia secara haram kat asrama masa tu, xpernah sekali pun aku terkantoi.. okey , sekarang aku nk reveal lah 'tempat-tempat' dan rahsia aku dalam arena penyeludupan handset di asrama ni.. sekarangkan dh xduk asrama,so xpe lah nk cerita pun.. ha9

kalau aku dapat informasi malam tu ada spotcek, aku akan buat persiapan seawal jam 5 petang supaya orang x syak.. ha9 camane ye? senang je, aku cabut satu2, bateri, SIM, handset ngan cover dia sekali then aku aturkan secara memanjang kt atas dinding tandas.. oleh sbb dia nipis, so orang xkan nampak lagipun kena buat kerja ni awal2 wey, nanti orang syak, susah..

okey, kalau ramai sgt kat tandas plak, aku guna plan B.. kt mana? aku off kan handset and kasi seltep tebal2  sama dia kt dalam locker bahagian atas hujung2.. mana orang nk nampak kan? hahahhahaha.. so, selamat lagi !! yang paling best, sorok dalam bantal @ teddy.. cari bantal @ cik ted yang gebu2 gitu then koyak sikit jahitan hujung, masukkan handset anda, *but sila 'tonyoh' ke dalam sikit ye* buat testing 2 3 kali, ada rasa x.. kadang2 aku bg orang lain test, tepuk2 sikit, nk taw ada rasa x.. tapi hasil dia, memang x rasa lah.. hahahahaha *gelak jahat ni* jangan lupa jahit balik yang korang koyak tu... xkisah la nk wat jahitan jelujur ke, silang pangkah ke, insang pari ke, ape ke, asalkan mesti xnampak macam tergesa-gesa *teknik tuuu* 
Jadi, 3 tu je la teknik yang aku amalkan.. ha9 oh ya, pernah jugak hantar rumah jiran sebelah tolong jagakan..

 Pernah sekali, aku kena masuk Bilik Disiplin sebab dituduh memonteng kelas oleh sorang ustazah gara2 dia tengok aku ngan kawan aku (Syawaliah) ke hulu ke hilir depan kelas dia masa dia tengah mengajar.. mana la aku taw dia perasan kan.. *sebenarnya aku just teman si syawa yg cirit birit ke tandas, tu pasal la bnyak kali dia nampak aku kt sana ha9* tanpa usul periksa, terus dia heret kami berdua ke BD.. dah la masa tu handset ada dalam poket baju sekolah aku.. aku plak macam xsedar je sampai la depan pintu bilik guru tu, syawal ingatkan aku pasal handset tu.. ye la, dah la dituduh memonteng, kalo jumpa plak handset, mati la smpai 2 kes masuk BD, memang sah2 kena denda pakai tudung HITAM.. hu9

tanpa fikir panjang, aku campak je nset ni kat dalam pasu bunga depan bilik guru tu.. tu je yg sempat aku lakukan masa tu.. masuk plak BD, kebetulan semua cg BD ada.. takut?? buat apa nk takut, aku x rasa aku salah, kan? so, aku wat2 bodo je la.. lepas sorang2 cg BD soal siasat kitorang kenapa ponteng kelas.. aku terangkan la keadaan sebenar, tapi sorang pun xcaye.. aku tengok syawal diam je, maybe dia rasa bersalah sbb dia, aku kena skali.. ha9 lepas tu cg BD amek keputusan nk call mak aku.. aku kata, call lah, aku xtakut sbb aku xsalah.. 

Salah sorang cg BD tu kawan mak aku, so dia la yang call.. 2 3 orang cg BD tu mengadu kat mak aku pasal aku yang jahat ni..yang peliknya, sorang je cg BD yang nampak kitorang, tapi yang lain turut mengadu.. aku dengar je la, nk melawan pun, cikgu.. aku masih ada rasa hormat pada mereka lagi kerana kemuliaan mereka sebagai guru.. tapi yang aku paling terkejut sekali masa dengar sorang cg ni mengadu kat mak aku, dia nampak aku nangis kt tepi tandas masa ponteng tu.. bila masa ntah.. bukan aku nk kata dia buat fitnah, tapi lebih kurang macam tu la.. ye la, masa dia tangkap aku ngan syawal tu, aku tengah sihat wal afiat siap bergelak ketawa lagi ngan syawal tu.. 

Lepas tu, handset dihulur pada aku, katanya umi aku nk cakap... Umi tanya, npe nangis kt tepi tandas, ada masalah ke? aku jwb la xde.. aku xnangis pun.. then umi kata okey lah, umi call petang nanti, bg handset kat cg balik.. aku pun bg laaa... diorang cakap sepatah dua, lepas tu tamat la kat situuuu... then, kitorang dipaksa membaca ikrar aku janji depan cg2 BD dan isi borang merah.. Rasa macam klaka je, benda yang xbuat kena pulak, benda yg buat xkna tgkap.. ha9 dengan paksa-relanya kitorang pun buat je la nk puaskan hati semua org.. tu la kali pertama dan terakhir aku masuk BD..

Sekeluarnya aku daripada BD terchenta, terus aku terpandangkan pasu bunga tadi.. Syawal plak tunjuk kat pakcik tukang kebun yang tengah syok menyiram bunga.. aku tengok lagi pasu bunga tu, then cepat2 hulur tangan 'meraba' handset aku.. fuhhh ! nasib baik ada lg, n selamat.. kena air sikit je pakcik tu siram td.. ha9

Okey, habis citer handset kat sekolah, so aku telahpun menjejakkan kaki ke tanah Merbok, nun jauh di Kedah plak.. kali pertama, handset ni jatuh masa aku nk gi kelas law malam.. actually aku xsedar pun handset tu jatuh, sampai la aku balik bilik dalam kol 10.30 malam.. aku xde la risau sangat, malahan gumbira je handset ni hilang *ada can la aku nk mintak abah belikan nset baru* he3 pagi keesokannya, aku baru je berkira-kira nk call abah nk bgtaw berita ni, tetiba muncul sorang batch aku jugak la tp aku kurang kenal dia lalu menghulurkan handset aku sekaligus mematah-riukkan harapan aku nk beli nset baru.. hu9 sedih wey..

Org yang jumpa nset ni kata jatuh kat padang, kwn dia jumpa then dia cakap mcm kenal sbb aku gantung keychain kt nset tu.. minta perhatian ye, ni merupakan petanda bahawa mungkin akulah satu2 nya manusia kt unibersiti tu yg pakai nset gila punya buruk n murah melampau.. ha9 sampai xde org nak pun nset tu, last2 pulangkan kat aku balik.. 

Petanda seterusnya yang menunjukkan nset ni berjodoh ngan aku, masa lepas kelas tengahari, kitorang biasa lunch sama2 *padahal Brunch* ha3 kt foodcourt *sebab dining tersangatla cekik darah n makanan xbest, tahun lepas lepas lepas punya* lepas makan, kitorang suka bg makan anak2 ikan kt tasik tepi tu.. nk dijadikan cerita, aku punya la hepi xingat dunia sambil bergelak ketawa ngan kwn2, tah cmne nset kt tangan aku terlepas, terus masuk TASIK ! ha9 and hero of the year tentulah ENCIK AFFI IDHAM BIN IDRIS yang sanggup melemparkan beg laptopnya ke tanah n terjun tasik sbb nak selamatkan nset aku yg buruk ni *kalau Blackberry ke,berbaloi jugak affi ni terjun tasik ha3*..  ehh, ni cerita betul ni.. aku xtipu key.. tanya la saksi2 kejadian ni, *dh tentu la semua org panik*.. Affi je yg ambik tindakan drastik.. hi3

*cam ni la keadaan tasik tu, affi suka main anak2 ikan ni.. tu plak kaki aku, sikit je masuk pic ha9*


Lepas dapat je nset tu balik aku pulak dengan selambanya terlompat lompat cam katak kesukaan dapat-nset-buruk-balik ha9 dengan tak di sangka2, sekali lagi nset tu terlepas dari tangan aku terus menjunam ke tasik lagi.. ha9 so, terpaksa la si affi yg baru je naik tebing, terjun balik.. marah2 dia kat aku hi3 dengan kejadian 2kali nset masuk tasik ni, sekali lagi aku pasang angan2 nk mintak abah belikan nset baru.. dengan penuh harapan aku balik bilik, pinjam fon Aie rumet, call abah bgtaw pasal tragedi ni.. 

Boleh plak abah cakap, kita tengok dulu cmne.. jemur dulu nset tu, kalau xjd jugak, baru beli lain.. kuciwa lg aku.. ha9 aku pun start la aktiviti jemur menjemur nset ni.. *tapi xharap pun nset tu hidup balik*  selepas beberapa lama, aku cuba bukak balik... Aikkkkkk??? okey lg????????????? hallamak,habis punas ranas impian aku..

sampai sekarang dia masih okey lg and x menunjukkan tanda2 nk meninggalkan aku pun lagi.. ha9 so, sbb tu la aku terima hakikat yang jodoh aku memang dengan dia.. biar la org lain pakai iPhone, biar la org lain guna Blackberry, namun Nokia1661 masih dihati ku.. huahuahua.. 

*aku bukan tanak beli nset lain pakai duit sendiri cm org lain, tp satu ni je prinsip aku, biarla nset aku, abah aku belikan.. buruk mana pun, murah mana pun, ia tetap ada sentimental value pada aku* baikkan aku?? ha9

2 comments:

  1. haha. menarik betul kisah ko ngan cikjod ko ni. memang jodoh korang panjang ar. hehe. memang nice ar baca kisah korang ni :)

    ReplyDelete
  2. thanx2.. actually, mmg xde pe nk citer, so terkeluar cite ni.. thanx sudi baca..

    ReplyDelete