Pages

Sunday, September 8, 2013

SUBJEK DAN BUKU-BUKU PART 2 BCA

Baiklah, hari ni rasa rajin sikit nk buat entri ni. hihihi. sebenarnya esok dh start kuliah untuk sem 4. Maka bermula lah fasa baru di UiTM Shah Alam ni. Ada setahun setengah lagi sebelum tamat belajar. Hari ni nk kongsi sikitlah pasal buku2 yang di guna pakai oleh student2 Part2 BCA. Kebetulan aku tengah mengemas buku2 n notes2 yg nk diberi pinjam pada junior td, terfikir pulak nk buat entri ni. Kebanyakannya sama je dengan BAS. Maaflah kepada yg mintak softcopy notes tu aku x dapat nk bagi bukan sbb kedekut ye, tapi ada beberapa org lecturer yg pernah ckp dia x redha hasil kerja dia org lain ambik mudah2 je. Sbb dh ada yg salah guna hasil kerja diorg sebelum ni. Aku yg pelajar dia pun dpt notes beberapa hari sebelum start kelas, kadang2 beberapa hari lepas kelas baru dapat. Kt iLearn pun ada kalau korang nk download nt. So, aku rasa lebih baik kita hormati saja kehendak mereka. x berkat pulak nt kan. Okay, berbalik pada tujuan asal, buku2 ni boleh di beli di kedai buku yg terkenal macam POPULAR, MPH dan lain2 tapi ada jugak yg x dijual di kedai buku biasa sbb lecturer uitm yg tulis, jadi diorg jual kt Kedai Buku UiTM sebelah Menara SAAS tu. Harga pun aku dh lupa, maklum la 2 sem lepas beli buku2 tu semua. Perlu diingatkan, lecturer ni berbeza jadi depends jugak la pada diorg kalau diorg nk guna buku lain. Dalam entri ni adalah buku2 yang aku guna masa Part2 dulu.



Subjek untuk Part 2

Subject : ACC 164 - ACCOUNTING II

Text Book : AN INTRODUCTION TO FINANCIAL ACCOUNTING
Authors : Roshayani Arshad, Lily Umar etc.
Publisher :  McGraw Hill Education


ni aku beli kt UiTM Book Store :)
Ni buku 3rd edition, sekarang aku x taw dh edisi ke berapa n cover dia pun mungkin dh tukar. Buku ni korang akan guna lagi untuk subjek Financial Accounting masa Part 3 nanti.

Subject : ADS 460 - MANAGEMENT PRINCIPLES AND PRACTICES

Text Book : Fundamentals of Management
Authors :  Stephen P.Robbins etc.
Publisher :  PEARSON


Official Text Book
Buku ni aku xbeli sebab aku guna buku kt bawah untuk subjek Management.
Buku ni hanya ada di Intekma.
Buku2 yang jenis macam ni sebenarnya untuk pelajar2 e-PJJ UiTM. Lecturer pun x galakkan sangat guna buku ni sbb elaboration dia kurang n simple sgt. Tapi bagi aku, buku ni senang faham. Bergantung pada diri masing2 lah macam mana kan. Senang cite, ni hanya suggestion aku je. Mungkin korang boleh beli daripada senior2 tp x semua ada buku ni aku rasa, lgpun yg xde transport mmg susah sikit nk ke intekma.

 Subject : ADS 465 - INDUSTRIAL RELATIONS

Text Book : Malaysian Industrial Relations Employment Law
Author :  Maimunah Aminuddin
Publisher : McGraw Hill Education


Ni pun beli dekat UiTM Book Store, lecturer pun ada jual.
Sama jugak, yg ni 7th edition. Skarang edisi keberapa pun aku dh x taw n cover mungkin lain sikit. Oh ye, sebelum lupa, buku ni kena guna bersama dua ACT yang korang boleh beli dekat mana2 book store iaitu EMPLOYMENT ACT and INDUSTRIAL RELATIONS ACT dekat bahagian Law. Subjek ni terkenal dengan gelarannya "KILLER SUBJECT". Masa batch aku dulu dekat sekelas jugak la yg repeat paper ni. Kalau yg lulus pun, setakat cukup makan je mcm aku ni. yg aku pernah dengar lecturer cite, sorang je dapat A subjek ni iaitu senior aku. lepas batch aku x taw la kan kot ramai dapat A. Bukan nak takutkan, cuma nk pesan, be careful.

Subject : ECO 415 - ECONOMICS

Text Book : Understanding Economics
Authors :  Jamaliah Bt Taib etc.
Publisher : McGraw Hill Education


Ni pun aku beli di UiTM Book Store. Author nya salah seorang lecturer yg mengajar subjek ni.
Kalau korang ex pre-law, subjek ni lebih kurang subjek yg korang dh pernah ambik dulu, aku x ingt masa part 2 ke part 3. Kalau masa per law dulu subjek ni la yg paling aku x suka, tp dh degree ni, ni la subjek yg paling aku suka n aku bleh skor. Terima kasih pada lecturer aku dulu, Puan Jamaliah and Madam Geetha. Aku mmg faham betul Madam Geetha tu ajar.

Subject : LAW 299 - BUSINESS LAW

Text Book : Business Law
Authors :  Lee Mei Pheng etc.
Publisher : Oxford Publication


Gambar Ihsan Google.
Buku atas ni aku x beli, aku pun x taw kenapa. hihihi. tapi ni official text book untuk subjek ni la. X silap aku buku ni kt kedai buku biasa pun ada. Kalau xde, cari je kt book store UiTM tu. Aku guna buku PJJ untuk subjek ni. Sama jugak, beli kt Intekma tp lecturer x galakkan guna.



Subject : QMT 412 - BUSINESS STATISTICS

Text Book : Statistics for UiTM
Authors :  Lau Too Kya etc.
Publisher : Oxford Fajar


3rd Edition.
Sekarang x silap aku dh pakai edisi yang baru. Cover dia warna apa aku x sure tapi tajuk buku, publisher ngan authors biasanya x berubah. Macam biasa, xde scientific calculator x bleh skor la untuk subjek ni. hi9 agak complicated sikit berbanding subjek Business Math masa part1 dulu.

Okey, rasanya sampai kt sini je kot. Aku pun dh penat, barang banyak x kemas lg. Malasnya rasa. Hadoi.

6 comments:

  1. All books you can find at ABA BOOKSTORE at Sek 7, www.ababooks.com.my

    ReplyDelete
  2. salam,
    Buku law299 tu ada lagi tak..? Kalau available lagi, nak beli.
    Tq

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    awak nak tanya, buku Malaysian Industrial Relations Employment Law Seventh Edition tu harga dia berapa ye?
    Terima kasih...

    ReplyDelete
  4. Buku financial accounting msh guna lagi? Klu blh jual?

    ReplyDelete
  5. Buku understanding economics tu still ada? Pm me ; firatwiss98@gmail.com

    ReplyDelete