Pages

Tuesday, January 22, 2013

Lepasan SPM 2012 : Matrikulasi, Asasi @ Diploma ?

Sekarang ni musim budak2 lepasan SPM tengah isi UPU. Aku ada sorang sepupu yg selalu tanya pasal benda ni. jadi di pagi yang sunyi ini aku sudi meluangkan masa untuk membuat sedikit review. hi9

of course la kalau orang tanye, mesti kita ckp pasal pengalaman kita kan. tapi dalam hal2 masa depan mcm ni, kita x boleh bias. x boleh berat sebelah. pandangan haruslah logik dan boleh diterima akal TAPI yang paling penting perlu diingatkan pendapat setiap orang tak sama okey..

Lepas habis SPM tahun 2009, aku daftar STAM sebab takut x dapat tempat kt mana2 U. Kira persediaan awal la tu. Aku apply Matrik ngan UPU. Masa fasa 1 aku main isi je, x fikir sangat pun sbb result x keluar lg time tu. Lps result keluar, then baru aku fikir betul2 hala tuju hidup aku lepas tu. Dengan berbekalkan result yang cukup2 makan je, aku gagahkan diri untuk isi UPU walaupun ramai yang pandang rendah result aku. even x hebat mcm org lain tapi aku bangga sbb aku tahu itu usaha aku, rezeki aku.. tapi ada la menyesal sikit sbb xbuat betul2 masa SPM. hi9. Yela, masa SPM kita xsedar lagi effect dia terhadap hidup kita ini kui3 dh beso masuk degree baru nk fikir....

Berbekalkan result 4A SPM (BM, BI, Sejarah & Pendidikan Quran Sunnah) aku analisis balik, course apa yang sesuai dengan result aku tu. Seingat aku kelapan-lapan course untuk UPU tu aku isi dengan Asasi dan Tamhidi sahaja. Aku bertekad, kalau xde rezeki nasib la tapi aku yakin dengan keputusan tu. course yang jadi pilihan utama aku ialah Law. Kedua ialah TESL. Dua tu je yang mmg aku betul2 nak. Jadi,

Pilihan 1 : Asasi Undang2 UIA.
Pilihan 2 : Asasi Undang-Undang KPTM UiTM.
Pilihan 3 : Asasi TESL UiTM
Pilihan 4 : Tamhidi Syariah dan Undang-Undang USIM
Pilihan 5 : Asasi Undang-Undang UiTM
Pilihan 6 : Asasi Bahasa Inggeris UIA
Pilihan 7 :
Pilihan 8 :

Dan Alhamdulillah, aku dapat pilihan ke5 tu, Asasi Undang-Undang UiTM di Sg.Petani Kedah. Aku mungkin x tahu sgt pasal kehidupan budak matrik ngan diploma, tapi dari segi logik aku prefer ASASI. Ada banyak sbb untuk aku pilih asasi kalau nak dibandingkan dengan matrik dan diploma. tapi semua ada pros n cons nya.

#1 Asasi dapat elaun setiap sem dari KPTM sama macam budak matrik. macam biasiswa la, xpayah byr. diploma xde kena apply PTPTN (nanti degree PTPTN lg) , kecuali kalau dpt tajaan JPA ke apa2 ke, tu lain kira.

2# Asasi ni program under universiti terus. Contoh aku dulu la, Asasi Law UiTM under UiTM terus. so, kita x payah pening2 nk pilih U mana nanti nk masuk degree macam budak matrik. Budak Asasi cuma isi penerapan je untuk masuk U, berbanding budak matrik yang kena apply UPU semula. Oh, budak diploma pun ada kelebihan ni sbb diorg pun under U jgk. Sebusuk-busuk budak asasi, U takkan buang kita dari U tu even result rendah pun, cuma dia akan tukar ke course lain yang dirasakan sesuai dgn kita.

3# Life di U tersangatlah berbeza dengan zaman sekolah. Jadi, kalau dari Asasi lagi kita dh berada kt U, xde lah shock sgt. Sbb masih muda, kita senang nk adapt dengan tempat baru. sama macam diploma. kt matrik kata org lebih kurang macam ambik form6, pakaian pun lebih formal. yang ni aku xtahu la sbb aku x rasa sendiri. kita x boleh judge sesuatu ikot rumours je kan.

4# tempoh pembelajaran yang singkat antara 1-2 tahun. ni sama dengan matrik. diploma fast track lain cerita. TAPI, sijil Asasi dan Matrik hanya laku untuk apply kemasukan ke degree sahaja. jangan harap nk apply kerja dengan sijil2 tu. sijil diploma diakui laku untuk apply kerja :)

5# budak2 matrik kena compete dengan budak2 STPM untuk masuk U untuk degree. I mean, tempat adalah terhad. berbanding budak diploma ngan asasi, tempat dh di 'reserve' kan.

6# budak diploma ada 6 sem untuk catch up semua subjek dia, tapi budak matrik ngan asasi ada lebih kurang 2 sem je (normal) untuk catch up semua... kat sini, pandai2 la manage sendiri.. pastu, budak diploma, bila masuk degree, insyaAllah terus ke part3 (untuk course tertentu sahaja) sbb kebnyakan sbjek yg ada untuk part 1 n 2 dia dh ambik masa diploma. berbanding budak matrik ngan asasi yg yg kena masuk part 1 masa degree..

mungkin ada lagi yang aku x mention, tapi aku rasa cukup dulu la setakat ni. dh nk masuk subuh dh ni he3 kita sambung lain kali kalau ada lg apa2 yg nk ditambah. post ini bukan untuk membangga diri, jauh sekali merendah-rendahkan matrikulasi dan diploma. aku cuma cuba buat perbandingan secara logik berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang aku sendiri lalui. dan aku harap adik2 lepas lepas lepas lepas ni buat la yang terbaik untuk hidup anda. pilih betul2, tanya pendapat semua orang sbb once u tersilap lgkah, nothing u can do except survive.. tanya la org2 yang dh ada pengalaman. Oh ye, aku x dapat sambung degree law sbb MUET x dpt band4. 3 kali ambik, 3 kali la aku band3. nasib la, mmg tu je rezeki aku. dulu mula2 susah jgk nk terima, lama2 Alhamdulillah.. insyaAllah rezeki ada kt mana2.. kita kena fikir positif.. aku sekarang sambung Bachelor of Corporate Administration. belajar lebih kurang law jugak tapi more on company private sector la.. see, UiTM still x buang student2 asasi dia.. he3 tapi ramai je yg hebat2 batch aku dulu dpt sambung law.. xpe, itu rezeki masing2..

ok lah, last but not least aku nk citer sikit pasal SPA. Ada dulu, kawan2 aku yg dah masuk asasi tapi tinggalkan demi SPA. bagi aku, sgt2 rugi. aku bukan kata SPA tu tak bagus, tp kita dh dapat yang bagus, buat apa tinggalkan yang bagus ni? aku taw, sbb utama org pilih nk g SPA adalah sbb kerja kan? katanya terjamin. okey, aku faham tapi apa kerja2 yang ditawarkan tu? pernah x korang baca syarat2 dia? kebnyakan yg aku buat research, untuk lepasan SPM yg mohon SPA kerja sebagai pembantu2. aku bukan nk rendah2 kan pangkat diorg ke apa ke, tapi bagi yang baru nk mohon tu fikir la.. kalau korang masuk IPTA, peluang agak cerah untuk maju lebih kehadapan. Anda dapat diploma, ijazah, master dan sebagainya. sijil2 yang mengiktiraf kelayakan anda... insyaAllah peluang kerja banyak.. rezeki kan kt tangan tuhan, buat apa takut. berjuang dulu baru tawakal okey.. #aku pernah baca, SPA ni surirumah pun boleh apply.. come on la, korang deserve yg lg high kot.. lpas habis degree pun bleh apply kerja dgn SPA. guna result degree. gaji dan pangkat pun terus tinggi kalau itu yg korang pandang..

so conclusion nya, kt sini aku mmg la prefer asasi sbb aku dh lalui sendiri benda ni... tapi aku x nak korang terpengaruh.. sila pertimbangkan dengan pertimbangan yang wajar.. aku hanya berkongsi dan memberi pendapat, korang yang tentukan masa depan sendiri.. GOOD LUCK guys...........

17 comments:

  1. nice...baru ada semangat nak masuk u..thanks

    ReplyDelete
  2. Nk tanya kalau Asasi boleh ke sambung ijazah ke luar negara ? Harap boleh reply . TQ :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. asslamualaikum,kak..spm dulu akak amek aliran ape? satera / sains???

    ReplyDelete
  5. Sekarang form 6 pon dah bagus ;) cuma dia bukan dkat U lg laa like u said before . And skarang . U pon lebih prefer dyorg . And yes . Mmg asasi suma tu yg dah ada dkat u takperlu nk takot la . Sbp mmg sah ada reserve tmpat untuk dyorg even result teruk... heee ...

    ReplyDelete
  6. tp sekarang ni pun budak asasi kena apply upu semula bila nak sambung degree kan? apapun nice post. :)

    ReplyDelete
  7. Akak dulu dpt brp A spm? I'm worried la takut tk dpt asasi law sbb i only got 4a..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Spa bukanlah teruk sangat. At least tak payah cari kerja lagi sebab graduan sekarang bnyak menganggur. Sekurang kurang nya dapat kurangkan beban mak ayah. Lainlah kalau keluarga senang. Maaf cakap berdasarkan pengalaman. TQ

    ReplyDelete
  10. Hai admin.boleh email saya tak ? Ade few questions saya nk tnya pasl penerapan uitm yg kurg jelas. Harap admin sudi email saya sbb saya tkot sy tlps pandang ke anyone yg rse nk tolonh boleh email sy jugak. Ni email saya
    nana7794@yahoo.com

    Thanks :)

    ReplyDelete
  11. klu abs asasi na smbung oversea cmne? bole er?

    ReplyDelete
  12. salam,,,xnk ckp byk,,,nti da hbis study bru tahu cmne rs nk cri kerja..btw,Allah galakkan kita untuk trus mnuntut ilmu,,cheers and gudluck for admin

    ReplyDelete
  13. da dpt SPA, then smbung buat EPJJ pun perancangan yang baik sebenarnya... sebagai pengalaman...byk graduan yang masih menganggur slps bergraduasi. last2 jadik suri rumah je dgn dgree yang ada. so rugi la... persaingan sgt sengit. so kalau tgh belajar, dlm masa yg sama try apply SPA...x rugi pun. da comfirm2 masa depan terjamin...hanya pendapat..:)

    ReplyDelete
  14. please bagitaw lepasan asasi bole buat tak ijazah kat luar negara.. desperate .. nk msuk U dah bulan 6 ..

    ReplyDelete