Pages

Sunday, September 8, 2013

SUBJEK DAN BUKU-BUKU PART 2 BCA

Baiklah, hari ni rasa rajin sikit nk buat entri ni. hihihi. sebenarnya esok dh start kuliah untuk sem 4. Maka bermula lah fasa baru di UiTM Shah Alam ni. Ada setahun setengah lagi sebelum tamat belajar. Hari ni nk kongsi sikitlah pasal buku2 yang di guna pakai oleh student2 Part2 BCA. Kebetulan aku tengah mengemas buku2 n notes2 yg nk diberi pinjam pada junior td, terfikir pulak nk buat entri ni. Kebanyakannya sama je dengan BAS. Maaflah kepada yg mintak softcopy notes tu aku x dapat nk bagi bukan sbb kedekut ye, tapi ada beberapa org lecturer yg pernah ckp dia x redha hasil kerja dia org lain ambik mudah2 je. Sbb dh ada yg salah guna hasil kerja diorg sebelum ni. Aku yg pelajar dia pun dpt notes beberapa hari sebelum start kelas, kadang2 beberapa hari lepas kelas baru dapat. Kt iLearn pun ada kalau korang nk download nt. So, aku rasa lebih baik kita hormati saja kehendak mereka. x berkat pulak nt kan. Okay, berbalik pada tujuan asal, buku2 ni boleh di beli di kedai buku yg terkenal macam POPULAR, MPH dan lain2 tapi ada jugak yg x dijual di kedai buku biasa sbb lecturer uitm yg tulis, jadi diorg jual kt Kedai Buku UiTM sebelah Menara SAAS tu. Harga pun aku dh lupa, maklum la 2 sem lepas beli buku2 tu semua. Perlu diingatkan, lecturer ni berbeza jadi depends jugak la pada diorg kalau diorg nk guna buku lain. Dalam entri ni adalah buku2 yang aku guna masa Part2 dulu.



Subjek untuk Part 2

Subject : ACC 164 - ACCOUNTING II

Text Book : AN INTRODUCTION TO FINANCIAL ACCOUNTING
Authors : Roshayani Arshad, Lily Umar etc.
Publisher :  McGraw Hill Education


ni aku beli kt UiTM Book Store :)
Ni buku 3rd edition, sekarang aku x taw dh edisi ke berapa n cover dia pun mungkin dh tukar. Buku ni korang akan guna lagi untuk subjek Financial Accounting masa Part 3 nanti.

Subject : ADS 460 - MANAGEMENT PRINCIPLES AND PRACTICES

Text Book : Fundamentals of Management
Authors :  Stephen P.Robbins etc.
Publisher :  PEARSON


Official Text Book
Buku ni aku xbeli sebab aku guna buku kt bawah untuk subjek Management.
Buku ni hanya ada di Intekma.
Buku2 yang jenis macam ni sebenarnya untuk pelajar2 e-PJJ UiTM. Lecturer pun x galakkan sangat guna buku ni sbb elaboration dia kurang n simple sgt. Tapi bagi aku, buku ni senang faham. Bergantung pada diri masing2 lah macam mana kan. Senang cite, ni hanya suggestion aku je. Mungkin korang boleh beli daripada senior2 tp x semua ada buku ni aku rasa, lgpun yg xde transport mmg susah sikit nk ke intekma.

 Subject : ADS 465 - INDUSTRIAL RELATIONS

Text Book : Malaysian Industrial Relations Employment Law
Author :  Maimunah Aminuddin
Publisher : McGraw Hill Education


Ni pun beli dekat UiTM Book Store, lecturer pun ada jual.
Sama jugak, yg ni 7th edition. Skarang edisi keberapa pun aku dh x taw n cover mungkin lain sikit. Oh ye, sebelum lupa, buku ni kena guna bersama dua ACT yang korang boleh beli dekat mana2 book store iaitu EMPLOYMENT ACT and INDUSTRIAL RELATIONS ACT dekat bahagian Law. Subjek ni terkenal dengan gelarannya "KILLER SUBJECT". Masa batch aku dulu dekat sekelas jugak la yg repeat paper ni. Kalau yg lulus pun, setakat cukup makan je mcm aku ni. yg aku pernah dengar lecturer cite, sorang je dapat A subjek ni iaitu senior aku. lepas batch aku x taw la kan kot ramai dapat A. Bukan nak takutkan, cuma nk pesan, be careful.

Subject : ECO 415 - ECONOMICS

Text Book : Understanding Economics
Authors :  Jamaliah Bt Taib etc.
Publisher : McGraw Hill Education


Ni pun aku beli di UiTM Book Store. Author nya salah seorang lecturer yg mengajar subjek ni.
Kalau korang ex pre-law, subjek ni lebih kurang subjek yg korang dh pernah ambik dulu, aku x ingt masa part 2 ke part 3. Kalau masa per law dulu subjek ni la yg paling aku x suka, tp dh degree ni, ni la subjek yg paling aku suka n aku bleh skor. Terima kasih pada lecturer aku dulu, Puan Jamaliah and Madam Geetha. Aku mmg faham betul Madam Geetha tu ajar.

Subject : LAW 299 - BUSINESS LAW

Text Book : Business Law
Authors :  Lee Mei Pheng etc.
Publisher : Oxford Publication


Gambar Ihsan Google.
Buku atas ni aku x beli, aku pun x taw kenapa. hihihi. tapi ni official text book untuk subjek ni la. X silap aku buku ni kt kedai buku biasa pun ada. Kalau xde, cari je kt book store UiTM tu. Aku guna buku PJJ untuk subjek ni. Sama jugak, beli kt Intekma tp lecturer x galakkan guna.



Subject : QMT 412 - BUSINESS STATISTICS

Text Book : Statistics for UiTM
Authors :  Lau Too Kya etc.
Publisher : Oxford Fajar


3rd Edition.
Sekarang x silap aku dh pakai edisi yang baru. Cover dia warna apa aku x sure tapi tajuk buku, publisher ngan authors biasanya x berubah. Macam biasa, xde scientific calculator x bleh skor la untuk subjek ni. hi9 agak complicated sikit berbanding subjek Business Math masa part1 dulu.

Okey, rasanya sampai kt sini je kot. Aku pun dh penat, barang banyak x kemas lg. Malasnya rasa. Hadoi.

Tuesday, January 22, 2013

Lepasan SPM 2012 : Matrikulasi, Asasi @ Diploma ?

Sekarang ni musim budak2 lepasan SPM tengah isi UPU. Aku ada sorang sepupu yg selalu tanya pasal benda ni. jadi di pagi yang sunyi ini aku sudi meluangkan masa untuk membuat sedikit review. hi9

of course la kalau orang tanye, mesti kita ckp pasal pengalaman kita kan. tapi dalam hal2 masa depan mcm ni, kita x boleh bias. x boleh berat sebelah. pandangan haruslah logik dan boleh diterima akal TAPI yang paling penting perlu diingatkan pendapat setiap orang tak sama okey..

Lepas habis SPM tahun 2009, aku daftar STAM sebab takut x dapat tempat kt mana2 U. Kira persediaan awal la tu. Aku apply Matrik ngan UPU. Masa fasa 1 aku main isi je, x fikir sangat pun sbb result x keluar lg time tu. Lps result keluar, then baru aku fikir betul2 hala tuju hidup aku lepas tu. Dengan berbekalkan result yang cukup2 makan je, aku gagahkan diri untuk isi UPU walaupun ramai yang pandang rendah result aku. even x hebat mcm org lain tapi aku bangga sbb aku tahu itu usaha aku, rezeki aku.. tapi ada la menyesal sikit sbb xbuat betul2 masa SPM. hi9. Yela, masa SPM kita xsedar lagi effect dia terhadap hidup kita ini kui3 dh beso masuk degree baru nk fikir....

Berbekalkan result 4A SPM (BM, BI, Sejarah & Pendidikan Quran Sunnah) aku analisis balik, course apa yang sesuai dengan result aku tu. Seingat aku kelapan-lapan course untuk UPU tu aku isi dengan Asasi dan Tamhidi sahaja. Aku bertekad, kalau xde rezeki nasib la tapi aku yakin dengan keputusan tu. course yang jadi pilihan utama aku ialah Law. Kedua ialah TESL. Dua tu je yang mmg aku betul2 nak. Jadi,

Pilihan 1 : Asasi Undang2 UIA.
Pilihan 2 : Asasi Undang-Undang KPTM UiTM.
Pilihan 3 : Asasi TESL UiTM
Pilihan 4 : Tamhidi Syariah dan Undang-Undang USIM
Pilihan 5 : Asasi Undang-Undang UiTM
Pilihan 6 : Asasi Bahasa Inggeris UIA
Pilihan 7 :
Pilihan 8 :

Dan Alhamdulillah, aku dapat pilihan ke5 tu, Asasi Undang-Undang UiTM di Sg.Petani Kedah. Aku mungkin x tahu sgt pasal kehidupan budak matrik ngan diploma, tapi dari segi logik aku prefer ASASI. Ada banyak sbb untuk aku pilih asasi kalau nak dibandingkan dengan matrik dan diploma. tapi semua ada pros n cons nya.

#1 Asasi dapat elaun setiap sem dari KPTM sama macam budak matrik. macam biasiswa la, xpayah byr. diploma xde kena apply PTPTN (nanti degree PTPTN lg) , kecuali kalau dpt tajaan JPA ke apa2 ke, tu lain kira.

2# Asasi ni program under universiti terus. Contoh aku dulu la, Asasi Law UiTM under UiTM terus. so, kita x payah pening2 nk pilih U mana nanti nk masuk degree macam budak matrik. Budak Asasi cuma isi penerapan je untuk masuk U, berbanding budak matrik yang kena apply UPU semula. Oh, budak diploma pun ada kelebihan ni sbb diorg pun under U jgk. Sebusuk-busuk budak asasi, U takkan buang kita dari U tu even result rendah pun, cuma dia akan tukar ke course lain yang dirasakan sesuai dgn kita.

3# Life di U tersangatlah berbeza dengan zaman sekolah. Jadi, kalau dari Asasi lagi kita dh berada kt U, xde lah shock sgt. Sbb masih muda, kita senang nk adapt dengan tempat baru. sama macam diploma. kt matrik kata org lebih kurang macam ambik form6, pakaian pun lebih formal. yang ni aku xtahu la sbb aku x rasa sendiri. kita x boleh judge sesuatu ikot rumours je kan.

4# tempoh pembelajaran yang singkat antara 1-2 tahun. ni sama dengan matrik. diploma fast track lain cerita. TAPI, sijil Asasi dan Matrik hanya laku untuk apply kemasukan ke degree sahaja. jangan harap nk apply kerja dengan sijil2 tu. sijil diploma diakui laku untuk apply kerja :)

5# budak2 matrik kena compete dengan budak2 STPM untuk masuk U untuk degree. I mean, tempat adalah terhad. berbanding budak diploma ngan asasi, tempat dh di 'reserve' kan.

6# budak diploma ada 6 sem untuk catch up semua subjek dia, tapi budak matrik ngan asasi ada lebih kurang 2 sem je (normal) untuk catch up semua... kat sini, pandai2 la manage sendiri.. pastu, budak diploma, bila masuk degree, insyaAllah terus ke part3 (untuk course tertentu sahaja) sbb kebnyakan sbjek yg ada untuk part 1 n 2 dia dh ambik masa diploma. berbanding budak matrik ngan asasi yg yg kena masuk part 1 masa degree..

mungkin ada lagi yang aku x mention, tapi aku rasa cukup dulu la setakat ni. dh nk masuk subuh dh ni he3 kita sambung lain kali kalau ada lg apa2 yg nk ditambah. post ini bukan untuk membangga diri, jauh sekali merendah-rendahkan matrikulasi dan diploma. aku cuma cuba buat perbandingan secara logik berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang aku sendiri lalui. dan aku harap adik2 lepas lepas lepas lepas ni buat la yang terbaik untuk hidup anda. pilih betul2, tanya pendapat semua orang sbb once u tersilap lgkah, nothing u can do except survive.. tanya la org2 yang dh ada pengalaman. Oh ye, aku x dapat sambung degree law sbb MUET x dpt band4. 3 kali ambik, 3 kali la aku band3. nasib la, mmg tu je rezeki aku. dulu mula2 susah jgk nk terima, lama2 Alhamdulillah.. insyaAllah rezeki ada kt mana2.. kita kena fikir positif.. aku sekarang sambung Bachelor of Corporate Administration. belajar lebih kurang law jugak tapi more on company private sector la.. see, UiTM still x buang student2 asasi dia.. he3 tapi ramai je yg hebat2 batch aku dulu dpt sambung law.. xpe, itu rezeki masing2..

ok lah, last but not least aku nk citer sikit pasal SPA. Ada dulu, kawan2 aku yg dah masuk asasi tapi tinggalkan demi SPA. bagi aku, sgt2 rugi. aku bukan kata SPA tu tak bagus, tp kita dh dapat yang bagus, buat apa tinggalkan yang bagus ni? aku taw, sbb utama org pilih nk g SPA adalah sbb kerja kan? katanya terjamin. okey, aku faham tapi apa kerja2 yang ditawarkan tu? pernah x korang baca syarat2 dia? kebnyakan yg aku buat research, untuk lepasan SPM yg mohon SPA kerja sebagai pembantu2. aku bukan nk rendah2 kan pangkat diorg ke apa ke, tapi bagi yang baru nk mohon tu fikir la.. kalau korang masuk IPTA, peluang agak cerah untuk maju lebih kehadapan. Anda dapat diploma, ijazah, master dan sebagainya. sijil2 yang mengiktiraf kelayakan anda... insyaAllah peluang kerja banyak.. rezeki kan kt tangan tuhan, buat apa takut. berjuang dulu baru tawakal okey.. #aku pernah baca, SPA ni surirumah pun boleh apply.. come on la, korang deserve yg lg high kot.. lpas habis degree pun bleh apply kerja dgn SPA. guna result degree. gaji dan pangkat pun terus tinggi kalau itu yg korang pandang..

so conclusion nya, kt sini aku mmg la prefer asasi sbb aku dh lalui sendiri benda ni... tapi aku x nak korang terpengaruh.. sila pertimbangkan dengan pertimbangan yang wajar.. aku hanya berkongsi dan memberi pendapat, korang yang tentukan masa depan sendiri.. GOOD LUCK guys...........

Friday, January 4, 2013

Aku & Dila

Hari ini hari Jumaat. Bersamaan 4 Januari 2013. Hari ni jugak birthday fatin asyilah kawan kembara aku.. hik9 yang ke 21, happy birthday Atin.. saje je nak gtaw.. hari ni hari 1st exam part 2 hokey.. org baru je lepas azan subuh dan aku?? yes.. x tido lg.. menghabiskan sisa2 waktu malam td ngan membaca entri2 lama FL.. ha9 sungguh kurang kerjaan aku ini -sendiritakhabisstadimasehrilek- paper untuk hari ni ialah Industrial Relation. Harap xde masalah walaupun aku mmg malasssss sgt2 nk bace bab2 court,recognition n segala bagai yang berkait dgn procedures.. hahaha..

rutin harian macam biasa, xde apa yang menarik. harta dalam bank makin berkurangan sbb duit bnyak habis beli makanan je hari2.. oh ye, nak upload gambar tapi nanti Dila bising pulak kat aku. dh keje aku snap gambar dia je hari2.. aku pernah ugut nk upload gmbar dia.. ha9 org main2 je la, dia dh siap warning nk buat benda sama jgk.. dh la lps dia taw aku ada blog, kalo bleh 1 dunia dia nk ckp, saje nk bg malu aku.. hahahaaha.. Dil, Dil.. nape la aku ditakdirkan jumpa ko..

nk cite pasal dila lah, sbb ntri kali ni x de motif pun cuma rasa lama x update, nanti dh tua aku xtaw apa jadi kt diri sendiri masa muda *belum kira Alzheimer lg*.. maklum la jaman sekarang nggak ada lagi manusia yang nulis diari.. hi9 dila ni *nama penuh dirahsiakan - sila buat2 x kenal- * seorang yang suka terharu. ha9 semua benda yang aku buat kat dia, semua nk terharu..

Ada sekali aku masak kue teow rebus ngan sup ayam *time rajin doulu2* pastu aku sendukkan, hidang depan dia, tetiba dia pandang aku dengan mata yang bercahaya, pastu cakap "aku terharu weh.." hahaha.. rasa macam nk guling2 kt situ jugak.. dia xtaw rupanya aku ni romantik orangnya *perasaan*

pastu bnyak benda jugak la jadi.. yang aku ingt, aku belikan present untuk mak dia sbb mak dia sudi masakkan laksa penang masa aku teringin gila nk makan, dengan mak2 dia skali terharu. padahal bende biase je pon. bukan la aku beli peti hais 5 pintu pon.. huahuahua..

pastu baru2 ni, time dia basuh kain, aku snyp2 letakkan kad good luck *skali wish happy new year* aku buat sndiri guna ilmu yang dipelajari masa subjek CSC doulu2 hahahaha pastu print... macam biasa la, dia cakap dia terharu pastu selalu cakap nak balas balik.. dila,dila.. sbb dia jgk la aku skali jagi gila.. kadang2 time sembang berdua je kami main kembang2 hidung sambil bercakap.. ha9

pastu, dia ni selalu jd protector aku di rumah dan dimana sahaja tempat yang memerlukan beliau melindungi aku.. hahhaa.. kerana kegelian amat terhadap binatang bernama lipas, maka aku tidak boleh terpandang langsung kelibatnya *jika tidak aku akan berubah sikap menjadi liar dan x tentu hala ha9*. Dila la yang aku kejutkan pukul 3 pagi semata mata kerana aku nampak bapak lipas sedang bermaharaja lela dalam tandas*masa tu aku dh x tahan sgt, terpaksa jgk kejutkan Dila tido walaupon x sampai hati*. selagi makhluk bernama lipas itu tidak hilang dari pandangan mata aku dan tidak aku yakini kehilangannya, aku takkan tenang *jantung berdegup kencang taw tak*.. Dila la bangun pastu bunuh dan buang binatang2 perosak tersebut sampai aku puas hati.. ha9 malam tadi skali lagi dia terpaksa buang lipas kt bilik air sbb aku xleh nak mandi selagi ada binatang tuu.. benciiiiiii.....

aku ni kembara kesatria okeh, suka masuk hutan, aktiviti lasak, panjat2 gunung, flying fox n sume2 lah outdoor activities, tapi kelemahan aku cuma lah, aku cukup geli ngan semua serangga.. bukan setakat lipas, malah kumbang hitam bertanduk mahupun x bertanduk, belalang kunyit yang besar2 tu dan seangkatan dengannya lah.. sume aku geli.. yang peliknya, katak, pacat, ular dan lintah aku x geli plak.. ha9 nasib baik sepanjang gi camping, aku x pernah jumpa benda2 yang aku geli.. *diorg pom paham kot*

Apa lg pasal dila eh?? nanti la aku post lain kali yang x taw bila plak hi9 nk smayang subuh :) pastu nk sambung study sikit, tengahari nanti exam....................................................................